| Home - Muka Hadapan | Masukkan Gambar dll | Hantar E-mel Ke Blog | |
| Tukar Template Baru |
Cara nak tempatkan tulisan ke laman blog di blogspot
Masuk ke laman http://www.blogspot.com
paparan seperti di bawah kelihatan di skrin komputer anda.

Langkah selanjutnya , masukkan e-mel gmail anda sebagai username seperti contoh di bawah kendaliblog@gmail.com dan pada ruangan sendinya masukkan password yang telah anda sediakan contohnya kuda2020 dan sebagainya kemudian klik butang SIGN IN seperti gambar di bawah.

Bila butang SIGN IN diklik, paparan di bawah akan muncul. Di sini banyak pilihan iaitu untuk setting blog, untuk tukar arahan bahasa dan untuk bantuan.
Untuk buat setting supaya tulisan dapat ditempatkan ke blog dengan hanya menggunakan e-mel . Sila lihat panduan di bawah.
Sila perhatikan dan klik pautan Pengaturan:

Bila pautan Pengaturan diklik, tampilan seperti di bawah akan muncul.
Langkah ini agak memerlukan penelitian sedikit .
Sila pilih pautan Email seperti contoh di gambar di bawah

http://kendaliblog.blogspot.com
Bila saja pautan Emel diklik paparan berikut di bawah akan muncul.
Kalau mahu setiap entri yang kita masukkan dan dapat baca komen orang lain melalui e-mel sila masukan e-mel anda .

Contoh pada ruangan kuning bersebelahan Blog Send masukkan e-mel anda ediramle@kokpasir.com (contoh) dan alamat Mail ke Blogger tambah sikit di ruang kosong seperti contoh di bawah.
Kemudian klik butang simpan Pengaturan.
Setelah itu paparan berikut akan muncul yang menandakan setting e-mel telah berjaya.: dan dengan hanya menggunakan e-mel gmail yang kita daftar untuk tujuan bina blog tadi kita sudah boleh tempatkan tulisan ke blog kita .
Sekarang sila buka laman http://mail.google.com untuk hantar tulisan ke blog melalui e-mel . dan ini adalah cukup mudah dilakukan tanpa perlu masuk ke laman blog kita.

HANTAR E-MEL KE BLOG
setelah masuk ke laman http://mail.google.com paparan berikut akan kelihatan di skrin.
Masukkan username e-mel gmail anda seperti contoh di bawah kendaliblog dan password anda *********
Kemudian klik Sign In

Paparan berikut kelihatan muncul.
Untuk hantar e-mel ke blog atau kepada rakan-rakan sila klik pautan Compose Mail seperti di Bawah

Paparan berikut muncul .
tempat ruangan to tulis alamat e-mel khas yang kita aktifkan tadi contohnya kendaliblog.anda@blogger.com - masukkan tajuknya dan isi kandungan yang nak kita tempatkan ke blog. seperti contoh berikut:
Kemudian klik pautan SEND

E-mel tersebut telah dihantar

Kemudian sila buka blog anda untuk melihat perubahannya seperti yang kita lihat di bawah:
