| Home - Muka Hadapan | Masukkan Gambar dll | Hantar E-mel Ke Blog | |
| Tukar Template Baru |
Panduan Membina laman blog di blogspot.com (Skrolkan ke bawah untuk lihat panduan)
Langkah-langkah membina dan mengendali laman blog.
Terlebih dahulu kita hendaklah menyediakan satu akaun e-mel namakita@gmail.com (contohnya ) keldaliblog@gmail.com yang saya daftar untuk tujuan panduan ini.
kalau belum ada akaun e-mel gmail bolehlah hantar e-mel kepada saya untuk mendapatkan link pengaktifan untuk buat akaun e-mel gmail kalau dah ada abaikan bahagian ini.
Passwordnya hendaklah lebih daripada lapan digit contohnya mamat321 dan sebagainya.
Lihat contoh di bawah untuk hasilkan blog yang beralamat http://kendaliblog.blogspot.com yang dibuat sebagai contoh membina dan mengendali blog selepas ini.
Langkah pertama:
Rujuk kepada gambar di bawah.
Pilih bahasa - Indonesia, english dsb.
pada ruangan kuning Username masukkan username akaun e-mel gmail contohnya kendaliblog@gmail.com dan sendi (password ) contohnya mamat321
klik ingat saya kiranya komputer yang kita guna itu tidak dikongsikan dengan orang lain.
Kemudian klik butang SIGN IN
kemudian klik ciptakan blog anda.

masukkan e-mel anda pada petak kuning di sebelah ruangan Email : contohnya kendaliblog
pada ruangan kata sarid (indonesia) masukkan password seperti contoh di atas mamat321

masukkan nama tampilan boleh masukkan apa saya yang sesuai contohnya
tanda tip pada petak saya menerima kemudian klik butang berpanah lanjutkan

Setelah butang berpanah lanjutkan diklik, paparan berikut akan muncul.
Selanjutnya klik butang berwarna biru CIPTAKAN BLOG ANDA seperti di bawah:

Setelah butang CIPTAKAN BLOG ANDA diklik paparan berikut akan keluar sebagai langkah kedua mebina laman blog di blogspot.com .

Masukkan judul blog contohnya blog panduan
kemudian masukkan alamat blog yang diinginkan sebagai contoh kendaliblog seperti di bawah:
Cek kesediaan - ini adalah untuk memastikan tajuk tersebut belum digunakan atau sebaliknya. kiranya ia tersedia bolehlah klik butang berpanah oren lanjutkan seperti di bawah:

Bila butang lanjutkan diklik, paparan berikut akan muncul yang menandakan proses pembinaan blog telah berhasil.
kita diminta memilih templete sementara dan klik pada butang bulat yang mana berkenan. (ia boleh dikekalkan atau ditukar semula kemudian.
Kemudian klik butang lanjutkan.

Paparan berikut akan dipaparkan. Ini menandakan blog kita telah berjaya dihasilkan. Tahniah untuk anda. Sekarang dah boleh hantar posting.

Untuk hantar posting pertama klik butang mulai posting seperti di atas dan paparan di bawah akan keluar.

Tulis judul dan tulis apa yang hedak kita perkatakan seperti contoh di bawah. Kita boleh ubah bentuk tulisan dan sebagainya mengikut kehendak masing-masing.
Kemudian klik butang MEMPUBLIKASIKAN POSTING seperti di bawah:

Setelah klik butang mempublikasikan posting , paparan berikut terhasil.

Untuk melihat hasil kerja pertama kita sila klik pada butang lihat blog seperti di atas:
http://kendaliblog.blogspot.com telah ada tulisan pertama. langkah seterusnya adalah sama , iaitu klik butang posting untuk hantar tulisan yang baru.

Untuk panduan bagaimana nak setting blog selanjutnya sila klik pada pautan panduan 2